-->

  • Daya eUsahawan Kembali Lagi!!





    Tahniah kepada student-student eUsahawan 2017 kerana anda telah berjaya dijemput untuk menghadiri Daya eUsahawan 2017! Daya eUsahawan ini adalah satu Program untuk meraikan Peserta eUsahawan! 



    Ok, Daya eUsahawan ini merupakan satu Konvesyen untuk Peserta eUsahawan yang ‘Top Performer’  selepas menghadiri Class eUsahawan.

    Video dibawah akan menunjukkan Daya eUsahawan 2016





    Pengalaman GT menghadiri Daya eUsahawan 2016 adalah sangat berharga buat saya seorang Trainer eUsahawan kerana saya dapat bersembang dan bernetworking dengan ramai Usahawan hebat seperti CEO AVANA En. Luqman Adris, CEO Hipster Pomade En Amir Syakireen Ramli dan ramai lagi Usahawan Selebriti. Bukan sahaja bersembang dan ber-networking malah saya mendengar sendiri pengalaman mereka dan bagaimana mereka menaikkan bisnes masing-masing.



    Speaker-speaker jemputan semasa Daya eUsahawan 2016 telah banyak memberi GT semangat dan membuka mata GT kepada dunia bisnes yang sebenar. Setiap usahawan akan merasai kejatuhan yang paling teruk sebelum bangkit semula untuk berjaya. Itulah yang Dato Seri Aliff Syukri berkongsi yang membuat GT sebak kerana GT pernah mengalami kejatuhan sebegitu.











    Selain perkongsian dari speaker-speaker jemputan, tidak lupa juga pada reunion bersama student-student eUsahawan kesayangan GT, yang alhamdulillah ramai berjaya menghadiri Daya eUsahawan 2016. Seronok GT apabila tengok mereka telah berjaya mengubah nasib mereka untuk menjadi lebih baik. GT memang sentiasa keep in touch dengan student-student GT. Apabila mereka mempunyai masalah GT sedia membantu. 




    Banyak sangat kenangan indah yang GT dapat dari Daya eUsahawan, tetapi saat yang tidak akan GT lupakan semasa Gala Dinner, apabila Peserta Terbaik eUsahawan dimenangi oleh student eUsahawan GT Danial Dani, dimana semasa beliau menghadiri Class eUsahawan, beliau baru saja 5 hari membuat keputusan untuk menjadi usahawan. Team mate GT juga telah memenangi Best Trainer Komuniti eUsahawan.






    Itulah pengalaman Daya eUsahawan 2016, sebenarnya banyak sangat yang GT dapat dari Daya eUsahawan tapi dah tak tahu nak tulis macam mana dah, kena datang sendiri dan merasakannya sendiri.




    Sedikit tips untuk mereka yang bakal menghadiri Daya eUsahawan 2017:

    1. Bawa BISNES KAD! Bawa sebanyak yang mungkin, buat networking kerana sebagai usahawan networking itu penting.
    2. Pakai baju yang terbaik anda ada. Dress to impress. Gaya itu penting yelah, nak berselfie dengan artis-artis nanti mesti nak gaya sama taraf dengan mereka.
    3. Buat kawan baru, jikalau anda datang ada geng sendiri, cuba buat geng baru juga. Kembangkan networking anda.
    4. Cari Trainer eUsahawan anda ajak mereka bergambar bersama, ini serious sebab bila lagi dapat bertemu mereka kan?
    5. Ambil cuti, anggapkan Daya eUsahawan 2017 ini sebagai satu cuti dimana anda tidak perlu risau tentang bisnes anda. Uruskan segalanya sebelum ke Daya eUsahawan.

    Setakat disini saja perkongsian GT, jikalau terserempak dengan GT di Daya eUsahawan jangan lupa berselfie ya.





    Jumpa di … Daya eUsahawan 2017
  • Jom jana pendapatan bersama-sama!!

    Jom jadi affliate GoldSetting Asia dan buat duit!

    GT-Guru Teddy

    Alamat

    56B, Jalan Cenderawasih 6/7, Pusat Daerah Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor.

    EMEL

    guruteddy.gt@gmail.Com

    TELEFON

    +6013 4643 436