-->

  • Lailatul Qadar:
    Perkasakan 10 malam terakhir anda bersama Goldsetting 2017!

    Lailatul Qadar


               Alhamdulillah, kita telah berada dalam 10 Malam Terakhir Ramadhan 1438! Segala debaran selama ini telah membawa kita kepada malam yang bersamaan 1000 bulan ini.




    Carilah Lailatul Qadar itu pada malam-malam ganjil dari 10 malam terakhir (bulan Ramadhan).
    [HR. Bukhârî dan Muslim]



         Sementara syaitan masih dibelenggu mari kita hayati detik-detik akhir ramadgan ini dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Berikut adalah 5 amalan yang boleh dilakukan semasa 10 Malam Terakhir Ramadhan:


    1. Doa
       Doa adalah senjata orang mukmin dan amanlah kepada ibu-ibu dan mereka-mereka yang meyediakan sahur kepada mereka yang berpuasa kerana:                                                                           
    Allah turun ke langit dunia, ketika malam telah tinggal sepertiga yang akhir. Maka Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku perkenankan doanya. Sesiapa yang minta ampun kepada-Ku, maka Aku ampuni dia.
    [HR. Bukhârî dan Muslim]

    Bangun malamlah dan berdoa!



    2. Solat
    Bukan sahaja solat 5 waktu tetapi solat sunat terawih dan witir juga yang tiada keutamaan dibulan-bulan lain. Apabila bangun malam pula, amatlah rugi jika tidak solat sunat tahajjud.


    3. Tilawah/Tadarus Al Quran
    Inikan bulan turunnya Al Quran. :)


    4. Zikrullah
         Perbanyakkanlah zikir di bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi kepada muslimat yang ABC aka Allah Bagi Cuti.

    “Tidak ada kaum membaca Kitab Allah (berzikir kepada ALLAH) kecuali mereka di kelilingi oleh malaikat-malaikat, di liputi oleh Rahmat, turun kepada mereka ketenteraman, dan ALLAH menyebut mereka sebagai orang-orang yang di sisi-Nya.”
    [HR. Muslim].

                              

    5. Iktikaf di Masjid
      Masa yang bermanfaat adalah masa yang digunakan sehabis hebat.

    Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa beri’tikaf di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan hingga beliau diwafatkan oleh Allah. Lalu istri-istri beliau beri’tikaf setelah beliau wafat. Muttafaqun ‘alaih.
    [HR. Bukhari no. 2026 dan Muslim no. 1172]



    ==

    Ebook PERCUMA!!!
    ==


    “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap balasan (dari Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. 
    [HR Al Bukhari no.1768, An Nasa’i no. 2164, Ahmad no. 8222].


    Muat turun 'Productivity Enhancer' di sini untuk mengurus amalan harian di Ramadhan ini:



    Tiada kena mengena dengan anda. Berkongsi sebagai peringatan untuk diri sahaja. Walaubagaimanapun, selamat beramal ya!
    Assalamualaikum!!
  • Jom jana pendapatan bersama-sama!!

    Jom jadi affliate GoldSetting Asia dan buat duit!

    GT-Guru Teddy

    Alamat

    56B, Jalan Cenderawasih 6/7, Pusat Daerah Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor.

    EMEL

    guruteddy.gt@gmail.Com

    TELEFON

    +6013 4643 436